Saturday 20 October 2012

Hilang

Perasaan yang dahulunya membahagiakan, kini hilang entah kemana.. Seolah-olah hatinya kosong.. Dia pun tak tahu apa yang dia rasa sekarang ni... Perasaan yang dia jaga selama hampir 3 tahun ni hilang sikit demi sikit.. Dimana silapnya? Apa puncanya? Kenapa tiba-tiba perasaan yang ada dalam dirinya hilang.. Cinta, kasih, sayang dan benci menyelubungi di benak fikirannya..

Setiap orang menginginkan kebahagiaan dalam hidup, begitu juga dengan dirinya.. Mana perginya DIA yang dulunya adalah seorang wanita yang penuh dengan kasih sayang dan gemar membuat kejutan pada hari-hari penting untuk orang yang paling dicintai? Pada dirinya, insan yang dia cintai adalah PENTING dari segalanya sehinggakan die terlupa tentang dirinya sendiri. Puas difikirkan.. Kenapa sekarang hati dia berubah seperti sekeras batu? Kenapa dia macam dah tak pedulikan orang yang selama ni dia ambil berat? Seolah-olah dia tak ambil peduli dengan apa yang berlaku di sekelilingnya... Apa yang penting baginya sekarang adalah hatinya sendiri.

Terlalu banyak persoalan yang timbul di sudut fikiran.. Apa yang telah terjadi pada dirinya sekarang ni, mungkin berpunca atas apa yang telah dia lalui sepanjang hidupnya... Mungkinkah hatinya terlalu penat...? Penat cuba menjadi yang terbaik demi insan yang dicintai...

Setiap yang berlaku, ada hikmahnya...Allah lebih mengetahui segalanya.

**Segala jawapan bagi setiap persoalan hanya DIA sahaja yang tahu...

No comments:

Post a Comment